Sejarah Penubuhan Blog...
Idea penubuhan blog ini tercetus sejurus selepas
tamatnya majlis perhimpunan Generasi Mahmor di Felda Air
Tawar 1 pada tahun 2011.
Keesokan harinya, sewaktu sembang-sembang Hamka bin Idris &
Iskandar bin Kamari (cucu Allahyarham Hj. Mohd Sham bin
Mahmor) sepanjang perjalanan balik berdua dari JB ke KL,
idea ini dibicarakan selanjutnya. Untuk permulaannya pada
awal 2012, ia dijelmakan dalam bentuk blog khusus Keluarga
Besar Mohd Sham bin Mahmor sahaja (ketika itu alamat blog
menggunakan URL www.keluargadikon.blogspot.com)
Pada Aidilfitri (Ogos 2013), malam raya kedua, tercetus idea
baru untuk melebarkan lagi jaringan online anak cucu
Generasi Mahmor - dibincangkan oleh Hamka bersama anak-anak
lelaki Mohd Sham bin Mahmor di kediaman Amran bin Mohd Sham.
Maklumat asas dikumpulkan, dan dipaparkan dalam weblog
Generasi Mahmor yang sekarang beralamat kini di www.generasimahmor.blogspot.com
Seterusnya pertemuan diatur Hamka & Iskandar bersama-sama
Aminurrahim bin Mohamed @ Hashim di Putrajaya pada akhir
Ogos 2013 untuk mengumpul maklumat ahli Keluarga Besar Mohamed @ Hashim bin Mahmor.
Maklumat ahli Keluarga Besar Esa bin Mahmor dibantu oleh
Halimatussa'adiah bt Esa melalui kiriman 'softcopy lengkap'
di facebook pada awal September 2013. Turut menyumbang maklumat ialah Jamil bin
Mausin dan Noorita binti Mohamed.
Maklumat ahli Keluarga
Besar Aisyah @ Esah bt Mahmor pula dibantu oleh Asnah bt
Amin ketika kunjungan Iskandar ke kediamannya di Kluang pada
tanggal 17 Oktober 2013, dan turut dikembangkan lagi dari
beberapa individu lain seperti Siti Raudhah bt Noordin, Mohd
Zulfahmi bin Mohd Zamri, Ridhwan bin Mohd Yunus, Mohd Hazim
bin Hussin & Haslinda bt Hashim.
Pada 10 Februari 2014, satu kunjungan muhibbah dilakukan
oleh Hamka ke kediaman keluarga Musa bin Mahmor dan keluarga
Jamilah bt Mahmor di Senggarang bagi mendapatkan maklumat asas biodata ahli keluarga
masing-masing. Maklumat Keluarga Besar Jamilah bt Mahmor diperincikan lagi dengan bantuan
dari Nurul
Husna bt Muslim, Maisarah bt Ngatimin, Asmaliana bt Juma'at,
Ilyana Idura bt Jamil, Faiz bin Jamil, Suhailah bt Mohd Said, Noorihsham bin A Rahim,
Siti Mardiah bt Ismail, Nuridayu Hanani bt Idris dan Hanisah bt
Muslim.
Manakala bagi sebuah lagi Keluarga Besar Musa bin Mahmor diseliabantu
oleh Johari bin Musa, Fatimah bt Ibrahim, Aishah bt Samiaan dan Husna binti
Mustapa.
Pada 4 April 2014, satu lagi kunjungan muhibbah ke Simpang
Renggam dilakukan Mohd Shahari bin Mohd Sham diiringi Hamka
bagi mendapatkan maklumat biodata ahli Keluarga Besar Salamah bt
Mahmor. Kunjungan susulan dilakukan Hamka pada minggu
berikutnya. Turut membantu antaranya Mas'at bin Ishak,
Mazlan bin Mas'at, Nor Baizura bt Sareat, Muhammad Iskandar
bin Ibrahim, dll.
Alhamdulillah sehingga kini kira-kira 85 peratus maklumat
Generasi Mahmor telah lengkap dan usaha giat diteruskan
untuk melengkapkan lagi blog ini. Kerjasama dari semua pihak
amat dihargai. Semoga jaringan ukhwah ini akan mendekatkan
kita sekeluarga, mengakrabkan yang jauh, merapatkan tali
silaturahim, mewujudkan peluang ekonomi, mengukuhkan
keimanan, dan kerana Allah s.w.t. kita berpadu di bawah satu
naungan. InsyaAllah... |